|
|
|
|
Laman Info Kesihatan
Keluarga -
Sumber petua, tips dan penjagaan kesihatan untuk seisi
keluarga.
Langkah
pertama ke arah
kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan
penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang
diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan
berkesan. Adalah sukar
untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu
apa-apa
mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan
keluarga
kalau
anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan
bagaimana
tubuh anda bertindak mempertahankan diri.
Di laman web ini kami sediakan info
kesihatan untuk membantu anda menjaga kesihatan diri dan keluarga
dengan berkesan.
Lebih banyak info kesihatan akan dimuatkan dari masa ke semasa.
Sila kembali lagi untuk mendapatkannya.
Info kesihatan yang diberikan adalah
bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan
nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat
perubatan, sila
dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.
Terima Kasih.
Wan Ibrahim, Webmaster
Kunci Kesihatan
Sepanjang Hayat
Apabila
anda sakit,
anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat.
Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.
Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu
kitaran diagnosis dan preskrepsi.
Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya
lagi.
Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi
perhatian kepadanya. Sekiranya anda
melihat dengan teliti saranan doktor tadi, ia akan
membawa kepada
kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit
dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna
sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku,
bukan memperbetulkan kerosakan...
Baca
selanjutnya...
4 Ciri Kesihatan Optimum
Kesihatan
optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas
gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat
utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal,
mental, emosi, dan rohani. Kesihatan optimum bermakna mencapai
kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi
anda yang sepenuhnya.
...
Baca selajutnya...
|
Kebaikan
Buah dan Sayur Ungu
Bila
sebut makan untuk
kesihatan, jangan lupa buah dan
sayur ungu. Sebabnya ia mengandungi
antosianin, ia-itu pigmen merah, biru dan ungu. Menurut J.
Scott Smith, profesor kimia
makanan dari Kansas State University, antosianin baik untuk
kesihatan kerana ia boleh meningkatkan
fungsi sistem imun,
mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.
Baca
selanjutnya...
|
Transfer
Factor: Molekul Terpenting Dalam
Pembinaan Imuniti Tubuh
Transfer
factor
adalah
molekul mikroskopik dan semula jadi
yang wujud di dalam tubuh setiap manusia dan binatang. Transfer
factor wujud walaupun di dalam sistem
imun
(pertahanan badan) yang paling
primitif. Ia adalah pengantaraan atau agen yang menghantar maklumat
imuniti mengenai ancaman kesihatan
- sama ada dalaman atau luaran - dan gerak balas imun
yang sesuai, dari
satu sel imun ke satu sel imun yang
lain.
Adalah penting bagi anda mengetahui fungsi dan cara sistem imun
bertindak untuk melindungi kesihatan anda agar anda sedar kepentingan
menjaga kesihatan sistem imun. Kehidupan di abad ke 21 banyak memberi
ancaman kepada kesihatan sistem imun, namun kemajuan sains dan
teknologi dapat membantu kita dalam soal ini. Kini terdapat beberapa
produk yang dapat membantu anda memulihkan kesihatan sistem imun anda.
Syarikat 4Life Research Incorporated menerajui bidang teknologi imun
dan berjaya
membangunkan beberapa produk sokongan imun yang berasaskan transfer
factor. Sila klik DI
SINI
untuk maklumat lanjut. |

Mencari
maklumat lain?
Cari apa-apa saja di sini:
Artikel Kesihatan Terkini
Berri Acai: Antioksidan Terhebat Daripada pokok-pokok palma yang tumbuh di muara Amazon di utara Brazil didatangkan berri acai yang mengandungi antioksidan antosianin (pejuang radikal bebas) yang sangat tinggi. Radikal bebas adalah molekul tanpa pasangan elektron, ia sentiasa mencari pasangannya di molekul dalam badan kita, menyebabkan kerosakan DNA dan kemudian menyebabkan tindak balas yang memudaratkan...
Fakta Asas Mengenai Kanser Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis.
10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga Ketahui 10 cara bagaimana anda boleh meningkatkan tenaga anda untuk menghadapi kehidupan seharian. Percaya atau tidak, hidangan yang pertama adalah yang terpenting, yang menyediakan bahan api untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda.

Lain-lain Berita / Info Kesihatan
|
|