|
|
|
|
Transfer Factor Malaysia - Produk 4Life
Syarikat 4Life Research
Incorporated, USA mengeluarkan beberapa produk hebat
berasaskan transfer factor. Transfer
Factor mewakili paradigma baru
dalam bidang permakanan dan penjagaan kesihatan. Transfer Factor
merupakan kuasa besar dalam penjagaan sistem imun.
Apa itu
transfer
factor?
Transfer factor adalah molekul pembawa maklumat halus yang memindahkan
maklumat imuniti dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti di
antara ibu yang menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Transfer factor
terkandung di dalam kolostrum susu ibu (bagi mamalia) dan kuning telor
(bagi burung dan reptilia). Klik DI
SINI untuk maklumat asas yang
lebih terperinci tentang transfer factor.
Apa itu
kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal ibu yang diperolehi dalam
tempoh satu hingga tiga hari selepas bersalin. Selain dari
mengandungi berbagai nutrien untuk kesihatan bayi, ia juga mengandungi
transfer factor.
Apakah
sejarah di sebalik transfer factor?
Pada tahun 1949 Dr. H Sherwood Lawrence, ketika membuat kajian mengenai
penyakit batuk kering (TB), mendapati bahawa kecerdikan sistem imun
individu yang sudah pulih dari penyakit boleh dipindahkan kepada
individu lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia
dijalankan dengan menggunakan molekul halus yang diekstrak dari sel
darah putih pesakit berkenaan. Dr. Lawrence menamakan molekul halus
tersebut sebagai transfer factor.
Apakah yang
mendorong para saintis mencari transfer factor di dalam kolostrum?
Melalui pengamatan, didapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu
awal ibu akan mati tidak berapa lama selepas dilahirkan
walaupun
diberi makanan lain. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat
adalah puncanya. Para pengkaji mendapati bahawa anak lembu yang baru
dilahirkan tidak mempunyai sistem imun yang terbentuk dan tidak
mengenali rupabentuk kuman, virus, kulat dan sebagainya.
Dengan
adanya transfer factor, sistem imun anak lembu dapat mengenali musuhnya
lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.
Apakah usaha
untuk mengekstrak transfer factor dari kolostrum
berjaya?
Ya. Pada tahun 1989 dua orang penyelidik, Dr. Gary Wilson
dan Dr. Greg Paddock
berjaya mengekstrak transfer factor
dari kolostrum dengan menggunakan satu teknik ekstrak yang
unik. Melalui teknik tersebut, yang
kemudian telah dipatenkan di bawah Paten US 4,816, 563, transfer factor
tulen berjaya diekstrak dari kolostrum,
dikeringkan dan dijadikan kapsul untuk kegunaan orang ramai secara
oral.
Mengapa
kolostrum
lembu dipilih sebagai sumber transfer
factor?
Lembu mempunyai sumber susu awal yang sangat banyak. Kesesuaian
transfer factor tidak terhad untuk spesies (jenis) yang sama
sahaja. Oleh itu transfer factor yang diperolehi dari
lembu sesuai untuk digunakan oleh manusia
dan spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran
alam sekitar seperti kotoran, kuman ,virus, hama, kulat dan sebagainya
menjadikan sistem imunnya jauh lebih kuat dari manusia. Ini bermakna
transfer factor dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak
"pengalaman" dan "kecerdikan" dalam mendidik dan merangsang sistem
imun.
Apakah yang
dimaksudkan dengan "kecerdikan" transfer
factor?
Setiap manusia dan haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai
jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar,
yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Sistem imunlah yang
bertindak sebagai benteng bagi
melindungi kita dari musuh-musuh ini. Apabila musuh datang
menyerang, gambaran
rupa musuh
akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang diberi nama transfer
factor. Transfer factor bertindak sebagai 'kamera penyimpan
maklumat' rupabentuk musuh tersebut. Maklumat
tersebutlah yang dirujuk
sebagai "kecerdikan" transfer factor. Apabila musuh datang menyerang
lagi, sistem imun mudah mengenali mereka.
Apakah
Transfer Factor berkesan dan selamat dimakan?
Ya. Pada tahun 1999 keberkesanan dan keselamatan penggunaan transfer
factor sebagai permakanan tambahan telah disahkan oleh beribu-ribu
kajian klinikal di seluruh dunia. Para saintis mulai memahami implikasi
besar terapi Transfer Factor di dalam menentukan kesihatan bukan hanya
generasi masa kini malah masa hadapan.
Adakah
Transfer Factor disokong oleh data saintifik?
Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian klinikal dan rencana
(dalam jurnal "peer-reviewed") yang diterbitkan mengenai
Transfer Factor. Beratus-ratus orang doktor dan saintis ternama dan
dihormati di peringkat antarabangsa, yang berasal dari lebih 70 buah
negara, telah
mengesahkan keberkesanan dan keselamatan penggunaan Transfer Factor.
Semenjak 50
tahun yang lalu, lebih dari 40 juta Dollar US telah
dibelanjakan
untuk
penyelidikan dan data kajian menunjukkan bahawa Transfer Factor
menawarkan faedah imun yang luar biasa.
Kalau
Transfer Factor begitu hebat kenapa para doktor tidak memberinya kepada
pesakit
mereka?
Terdapat ramai doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mulai mengguna
dan mengesyorkan Transfer Factor kepada pesakit mereka. Transfer Factor
juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu
buku yang menjadi panduan dan rujukan para doktor untuk mengesyorkan
ubat. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit yang menggunakan
Transfer Factor serta pengesyoran dari para doktor.
Jika transfer
factor ada di dalam kolostrum, kenapa tidak ambil
sahaja kolostrum?
Kolostrum hanya mengandungi sedikit transfer factor. Anda perlu
mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg transfer factor.
Ini bermakna satu kapsul Transfer Factor sama kekuatannya
dengan 75 biji pil kolostrum. Kolostrum juga mengandungi protein sistem
imun (antibodi), yang hanya sesuai untuk anak lembu, yang boleh
menyebabkan alergi kepada manusia. Transfer Factor tidak menyebabkan
alergi kerana ia tidak mengandungi protein tersebut dan sesuai untuk
semua spesies (termasuk binatang peliharaan yang lain).
Saya rasa
saya cukup sihat, perlukah saya mengambil Transfer Factor?
Transfer Factor mendidik sistem imun untuk mengenali dan
sentiasa bersedia menghadapi musuh yang datang
menyerang pada setiap saat. Sistem imun bekerja tanpa henti dan
kadangkala terpaksa berkerja "overtime" untuk melindungi diri kita dari
sebarang bahaya. Proses penuaan dan kehidupan di zaman moden
menjejaskan fungsi sistem imun dan ia perlu disegarkan semula agar
terus dapat melindungi diri kita.
Adakah saya
masih perlu mengambil Transfer Factor jika saya sudah pun menerima
maklumat sistem imun ketika saya bayi?
Transfer factor yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru
dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita menghadapi cabaran pada
masa
itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru sedangkan sistem imun
kita masih dengan "kecerdikan" lama serta semakin lemah akibat
penuaan. Memperkasakan sistem imun merupakan langkah
terbaik untuk kesihatan sepanjang hayat.
Apakah
penyakit yang Transfer
Factor boleh bantu menyembuhkannya?
Semua penyakit dalam kategori jangkitan viral, penyakit berparasit,
penyakit malignan, penyakit mikobakterial, penyakit bakterial,
jangkitan
fungus (kulat), penyakit autoimun dan penyakit neurologikal; dari yang
ringan seperti selsema kepada
yang berat
seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut,
sawan, alergi dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu
menunjukkan bahawa sistem imunnya sudah kalah. Transfer Factor akan
mengejutkan sistem imun dari tidur dan merangsangnya untuk melawan
mikro-organisma yang menyebabkan penyakit tersebut.
Bolehkah
seseorang
yang alergik kepada susu atau
laktosa mengambil Transfer Factor?
Seperti yang diterangkan di atas, Transfer Factor tidak menyebabkan
sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula
susu (laktosa). Semua itu telah diasingkan oleh teknologi ekstraksi
canggih milik syarikat 4Life Research Incorporated, yang terkandung
dalam Transfer Factor adalah pati molekul "kecerdikan" atau
"IQ" sistem imun.
Di manakah
saya boleh memesan atau mendapatkan Transfer Factor?
Produk Transfer Factor tidak dijual di farmasi ataupun di klinik. Di
Malaysia,
Transfer Factor boleh dipesan terus dari syarikat Forlife Research Sdn.
Bhd.
melalui pengedar bebas yang berdaftar dengan pihak syarikat.
Untuk maklumat lanjut sila klik ==> DI
SINI.
Mencari maklumat lain?
Cari apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Berita / Info Kesihatan
|
|