|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
Risiko
Kesihatan Di
Abad Ke-21
Makanan
adalah bahan
asas untuk kehidupan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat
penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja
mengundang penyakit.
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai
tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang
mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu
makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk
menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini
sangat tidak baik untuk kesihatan.
Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan
antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita.
Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik
sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran
disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang
walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan.
Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini
ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih?
Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya,
anda mungkin tidak sanggup meminumnya.
Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara
yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging
atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan
tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas &
radiasi).
Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit,
kita perlu mengambil permakanan tambahan terdiri dari vitamin, mineral,
serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang
mampu menghapuskan "radikal bebas". Radikal bebas sebenarnya adalah
molekul oksigen yang mempunyai sekurang-kurangnya satu elektron yang
tidak mempunyai pasangan di orbit luarnya. Ia merupakan bahan sampingan
dari proses penghadaman makanan. Radikal bebas tersebut mempunyai kuasa
elektrik dan mencari elektron di persekitarannya untuk menjadi stabil.
Sekiranya tidak dilunturkan, dengan menggunakan antioksidan, radikal
bebas akan merampas elektron dari molekul tubuh kita justeru
merosakkannya.
Dalam
tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang
membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. Molekul yang
rosak akan membentuk sel yang rosak dan seterusnya organ yang rosak.
Sel dan organ yang turut rosak adalah sel dan organ yang membentuk
sistem imun lantas menjejaskan fungsinya. Sistem imun merupakan
pertahanan kita menghadapi serangan mikro organisma yang menyebabkan
bermacam penyakit. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi dengan baik,
kita akan terdedah kepada ancaman berbagai penyakit seperti kencing
manis, kanser, lelah, alahan dan bermacam-macam lagi.
Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan untuk melunturkan
radikal bebas. Kita perlu mendapatkan bekalan tambahan dari makanan
seharian kita. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayuran yang
mengandungi antioksidan. Beri Acai, sejenis buah beri dari hutan
Amazon, mempunyai kandungan antioksidan yang terbanyak jika
dibandingkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Dari kajian
yang dilaksanakan, kandungan antioksidan dalam beri Acai adalah 33 kali
lebih banyak dari teh hijau. Buah delima, anggur merah dan beberapa
jenis beri tertentu juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.
Untuk hidup sihat, amalkan diet yang sihat dan bersenam. Jauhi dari
perkara atau amalan yang boleh membahayakan
kesihatan kita.
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Artikel Kesihatan
Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama... [Selanjutnya]
Hidup Sihat, Jantung Sihat Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?... [Selanjutnya]
|
|