|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
|
|
|
Antioksidan
dan Kesihatan Anda
Antioksidan
seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat
menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata
atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.
Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari
kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan
antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun
begitu ujian yang menggunakan pemakanan tambahan tunggal memberikan
hasil yang sangat mengecewakan.
Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses
penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas
boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk
dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak
mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang
terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas.
Para penyelidek antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari
1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya.
Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, blackberi, walnut,
strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima
dan anggur merah.
Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza.
Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat
membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis
untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan.
Sumber: Harvard Heart
Letter/Premium Health News Service/TMSI
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
|
|