|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
|
|
|
Hidup
Sihat, Jantung Sihat
Berhenti Merokok
Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara
penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal
akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan
kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda
menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta.
Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka
yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat
demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
Harungi Hidup Dengan Tenang
Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan
memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah
kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut
malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati
kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi
dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu
anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya di http://www.wanibrahim.com/blog.
Jantung Sihat Sepanjang Hayat
Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital
kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah
kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya
hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan
produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar
lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam
kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang
masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.
Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan
kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup
kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.
Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk
sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang
gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit
kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang
lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.
Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan
makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai
rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk
tempoh masa yang lama.
Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?
Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot
jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula
terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang
mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok
boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.
Maklumat tambahan (Sumber: Familydoctor.org):
Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah
akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku.
Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras
homosistin tersebut.
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Berita / Info Kesihatan
|