|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga
Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:
1. Sentiasa makan sarapan pagi
Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah
yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh
badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan
sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan
sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.
2. Makan sedikit tetapi lebih kerap
Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang
lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga
berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat
anda merasa
letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.
3. Bersenam
Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit
setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap
tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau
selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan
melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.
4. Beri sel anda makan
Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan
yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda
tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat
cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih
cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk
menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat
mempertingkatkan kesihatan sel kita.
5. Makan makanan tinggi tenaga
Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi
kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam,
dan daging tanpa lemak.
6. Minum air
Minum air dengan kerap.
7. Minum jus
Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan
anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula
keletihan.
8. Kurangkan penggambilan kafein
Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah
untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat:
kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.
9. Vitamin
Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik
folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren,
badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry,
elderberry).
10. Galian/Mineral
Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..

Mencari
maklumat lain?
Cari semuanya di sini:
|
|