|
|
Produk
Pilihan
|
|
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
Kunci
Kesihatan Sepanjang Hayat
Apabila
anda sakit, anda
akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda
makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.
Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan
sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.
Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya.
Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi
perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan
lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa
mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal.
Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah
menahan sesuatu dari berlaku.
Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari
bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan
maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak
tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya
anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?
Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem
pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit?
Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha
Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh
bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh
menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya
datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita
berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta
jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih
dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua
ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang
memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang
atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda
sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun
kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor
yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres,
makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan
kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput
rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk
membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan
mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.
Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau
terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit.
Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada
penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes
jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas
terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti
kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh
membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis,
lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman
luar boleh membawa kepada infeksi.
Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan
yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya
bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa
yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta
berikut:
- Di
abad ini terdapat
lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah
wujud sebelum 1940.
- Buah-buahan
biasanya
dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai
belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
- Sayur-sayuran
dicemari
racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang
racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
- Antibiotik dan
hormon
pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
- Makanan diproses
dengan
menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
- Udara dan sumber
air
juga turut tercemar.
Adakah
anda masih
percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
|
|