4 Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat

Adakah anda mengamal gaya hidup sihat? Ramai di antara kita berfikiran demikian. Kita percaya yang kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan bila ada masa, kita melakukan aktiviti fizikal atau bersenam. Namun begitu adakah ianya memadai untuk menganggapnya sebagai gaya hidup sihat?

Mengikut kajian yang dilaksana di Amerika, tidak ramai orang dewasa yang mengamal gaya hidup sihat. Hanya 3% rakyat Amerika yang memenuhi empat kriteria yang ditetapkan dalam kajian tersebut. Hanya 13.8% yang memenuhi tiga kriteria dan 34.2% memenuhi dua kriteria.

Mari nilai amalan diri sendiri berbanding dengan empat kriteria kajian tersebut:

  • Adakah anda merokok?
  • Adakah anda mengekalkan berat badan sihat, BMI antara 18 ke 25, atau anda sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan bagi mencapai berat badan sihat?
  • Adakah anda mengambil 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari?
  • Adakah anda bersenam selama 30 minit, atau lebih, lima kali seminggu?

Merokok

Semua orang tahu bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Adakah anda masih ingin merokok?. Mungkin anda telah beberapa kali mencuba untuk berhenti merokok, tetapi tidak berjaya. Masih tidak terlewat untuk berhenti merokok. Walaupun anda berhenti merokok pada usia 60 tahun, masih banyak kesan buruk akibat merokok dapat dihentikan.

Berat Badan

Berat badan yang berlebihan adalah berbahaya. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2015 (Jurnal Lancet Diabetes dan Endokrinologi), obesiti melampau boleh mengurangkan jangka hayat sehingga 8 tahun.

Pemakanan Sihat

Penyelidik di China dan Amerika telah meneliti 16 kajian mengenai pemakanan sihat yang melibatkan 830,000 orang peserta, yang dipantau antara empat hingga 26 tahun, mendapati bahawa setiap tambahan hidangan harian buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kematian awal berpunca daripada pelbagai punca sebanyak 5%.

Bersenam atau Aktiviti Fizikal

Seperti yang kita semua sedia maklum, bersenam banyak faedahnya. Antaranya; mengawal berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung, membantu badan mengawal gula dalam darah, dan meningkatkan kesihatan mental. Jika anda mempunyai darah tinggi, bersenam merupakan cara mudah untuk menurunkannya. Bersenam juga boleh meningkatkan keberkesanan ubat darah tinggi yang diambil.

Walaupun tidak dapat dinafikan betapa pentingnya empat amalan di atas untuk gaya hidup sihat, anda mungkin merasakan banyak faktor harus dipertimbangkan. Apakah amalan yang anda akan masukkan dalam senarai anda?

Sumber: WebMD.com


Artikel Kesihatan Lain

Antioksidan dan Kesihatan Anda
Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak....  [Baca selanjutnya]

Hidup Sihat, Jantung Sihat
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?...  [Baca selanjutnya]

Risiko Kesihatan Di Abad Ke-21
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan... [Baca selanjutnya]

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Anda Manfaat?
Masuk saja ke farmasi anda akan melihat barisan demi barisan vitamin dan makanan kesihatan yang lain. Setiap satu memberikan secara terperinci maklumat RDAs, DVs, IUs, milligrams dll. Persoalannya, adakah anda benar-benar perlu mengambil makanan kesihatan atau pemakanan tambahan?... [Baca selanjutnya]

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Benarkah kolesterol merupakan punca penyakit jantung? Kajian oleh para pakar menunjukkan bahawa kolesterol bukan punca utama penyakit jantung. Badan kita sebenarnya memerlukan kolesterol LDL untuk membina sel dan berbagai hormon. Terdapat bahan lain yang menyebabkan pembuluh darah menjadi bengkak lalu menyempitkannya... [Baca selanjutnya]