|
|
|
Testimoni Pesakit Kanser
Testimoni
Pesakit Kanser Dena
Nama saya Dena Guidice dan saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana
Transfer Factor Forlife telah menyelamatkan nyawa saya. Pada November
1998 saya
didapati mengidap kanser paru-paru. Pada waktu itu para doktor
menasihati saya bahawa rawatan terbaik adalah menjalani
rawatan radioterapi dan kemoterapi secara serentak. Saya diberi rawatan
tersebut dengan serta merta dengan dos tertinggi yang dibenarkan. Dalam
masa 90 hari selepas itu, saya menderitai kesemua kesan sampingan biasa
seperti lemah, muntah, gugur rambut dan kehilangan berat badan. Rawatan
radioterapi dan kemoterapi saya berakhir pada lewat Februari 1999.
Pada 25 Mac 1999 saya menjalani pembedahan (seperti dirancang) dan para
doktor membuang tumor dari paru-paru kanan saya bersama-sama dengan
satu pertiga dari paru-paru saya dan tiga bahagian tulang rusuk saya.
Pembedahan tersebut berjaya dan para doktor percaya bahawa mereka telah
berjaya membuang kanser dari tubuh saya. Selepas pembedahan, sebagai
"langkah keselamatan", saya
menjalani rawatan kemoterapi tambahan selama dua bulan
ia-itu dari Mei hingga
Julai 1999. Pada
masa inilah
badan saya menjadi sungguh lemah dan apa yang mampu saya buat hanyalah
baring dan tidur sepanjang hari. Ketika itu saya kehilangan kesemua
rambut saya, kuku dan gigi saya menjadi rapuh dan saya mula
kehilangannya. Saya kehilangan selera sepenuhnya dan berat badan saya
menurun sehingga 88 paun.
Walaupun saya masih sakit seperti semasa musim panas, saya berharap
saya akan bertambah kuat pada musim luruh di mana waktu itu kemoterapi
telah hilang dari sistem saya. Namun begitu harapan hanya tinggal
harapan, pada bulan Ogos saya menjumpai satu gumpulan di ketiak kiri
saya. Selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut,
ujian mengesahkan bahawa saya mengidap kanser limfatik malignan (kanser
pada nodus limfa) dan kanser tersebut telah merebak ke seluruh badan
saya. Di saat itu, pasukan doktor yang merawat saya memaklumkan tiada
apa lagi yang dapat mereka buat untuk saya.
Saya mendapat kanser peringkat ke empat (peringkat terakhir) dan saya
mempunyai hanya 4 hingga 6 bulan untuk hidup. Mereka menyarankan saya
membuat semua yang saya ingin buat dalam hidup ini dalam masa 45 hingga
60 hari berikutnya kerana selepas itu saya akan menjadi terlalu lemah
untuk membuat sesuatu. Kini saya percaya bahawa saya akan mati tidak
lama lagi, tambah-tambah lagi para doktor tidak pernah menemui
seseorang yang mempunyai kanser seperti saya dan berada dalam keadaan
seperti saya hidup lebih lama dari 8 bulan.
Pada ketika itu, saya memaklumkan berita yang menyedihkan itu kepada
anak-anak saya dan kami semua bercuti ke Hawaii. Dalam hati saya, saya
berkata ini adalah percutian perpisahan saya. Saya tidak lagi mempunyai
sedikit harapan pun dan sudah bersiap sedia untuk mati. Di masa itulah
(minggu pertama bulan Oktober) anak lelaki saya akhirnya berjaya
memujuk saya untuk mengambil Transfer Factor Forlife. Dalam fikiran
saya, saya
100% yakin ia tidak akan dapat mendatangkan apa-apa manfaat kepada
saya. Namun begitu saya mula mengambil 6 kapsul Forlife Transfer Factor
Plus
dan 6 kapsul Forlife Transfer Factor Klasik setiap hari.
Dalam masa 30 hari saya mula merasa kuat dan berselera, tetapi saya
masih percaya yang saya akan mati tidak lama lagi. Namun begitu saya
tidak berhenti mengambil produk tersebut. Dalam bulan Januari 2000,
iaitu kira-kira 90 hari selepas bermula dengan Transfer Factor Forlife,
saya
mendapati diri saya lebih kuat dan berat badan saya bertambah 7 paun.
Saya teruskan mengambil Transfer Factor Forlife setiap hari. Sekarang
sudah 7
bulan saya mengambil Transfer Factor Forlife (Mei 2000). Sehingga kini
berat
badan saya bertambah sebanyak 26 paun dan saya merasa lebih saya sihat
dari yang pernah saya rasa sejak 2 tahun yang lepas. Saya baru berjumpa
doktor saya 2 minggu lepas dan beliau berkata saya adalah
“keajaiban yang hidup” dan tiada tanda-tanda kanser
pada
tubuh saya. Transfer Factor Forlife bukan sahaja menyelamatkan nyawa
saya,
tetapi juga memberi saya harapan untuk hari esok dan tahun-tahun
berikutnya.
 |
|
Sebelum TF & TF+
September 99
Berat badan 88 paun
Di Hawaii bersama ahli keluarga |
|
|
|
Sebelum TF & TF+
April 2000
Berat badan 114 paun
"Anda tidak akan percaya bahawa saya dijangka meninggal dunia 3 bulan
yang lepas." |
PERINGATAN:Testimoni
yang terdapat
dalam laman ini diberikan oleh individu yang ingin berkongsi pengalaman
mereka menggunakan produk Transfer Factor dan diberikan
untuk tujuan
maklumat sahaja. Kami tidak menyatakan produk Forlife Transfer
Factor dapat mencegah atau menyembuh sebarang penyakit. Pembaca
diingatkan supaya tidak menggantikan perubatan dan rawatan yang
diberikan oleh pengamal perubatan bertauliah dengan produk Forlife
Transfer Factor kerana apa yang dibaca dari
testimoni ini. Testimoni ini hanyalah pendapat individu berkenaan. Kami
galakkan anda menggunakan akal fikiran mengenai hasil yang diharapkan
dari apa-apa produk pemakanan tambahan.
Mencari
maklumat lain?
Cari apa-apa saja di sini:
|
|