|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
|
|
|
Punca
Sebenar Kegemukan
Menurut laporan NST
29/9/06, Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang paling ramai di
Asia. Adakah berita ini menakutkan? Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk
melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis.
Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat
sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit
hipertensi dan kencing manis.
Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya
hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan
segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat),
dan tiada atau terlalu sedikit bersenam.
Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat dan kurang
senaman boleh menyebabkan kegemukan. Persoalannya kenapa kita
membiarkan ianya berlaku? Adakah kita suka dengan keadaan ini. Sudah
tentu tidak, kita suka badan yang slim.
Renungkan pendapat di bawah:
Seseorang itu menjadi gemuk (atau apa saja keadaan yang tidak disukai)
kerana dia tidak menunaikan janji kepada dirinya sendiri. Dia telah
berjanji kepada diri sendiri untuk mengamal cara hidup sihat, tidak
kira samada diucapkan atau tidak.
Memang tabiat manusia suka memungkiri janji dengan diri sendiri.
Tindakan ini membawa kepada tidak mahu berusaha dan berputus asa di
dalam setiap perkara berkaitan dengan janji tersebut. Kemudian dia
merungut dan mencari alasan untuk mewajarkan tindakan yang diambil.
Apabila sudah mempunyai alasan yang baik, dia akan selesa dalam keadaan
tersebut. Sebagai contoh, emak aku selalu masak sedap sedap. Apa aku
boleh buat. Kalau aku tak makan, nanti kecil hati dia. Pada mulanya ia
mungkin sekadar gurauan, tetapi lama kelamaan ia menjadi alasan yang
wajar untuk dia makan dengan banyak, tak kira di rumah atau di luar.
Apa yang perlu dilakukan?
Pertama – Akui yang anda telah memungkiri janji dengan
sendiri. Tetapi jangan salahkan diri anda. Ini bukan soal moral, hanya
ianya tidak menjadi kalau anda tidak mengenalpasti atau mencari janji
yang dimungkiri dan mengakuinya.
Kedua – Kenalpasti impak kemungkiran tersebut ke atas
kehidupan anda dan mengambil tanggungjawab ke atasnya (bukan
menyalahkan masakan ibu).
Ketiga – Perbaharui janji dan komited untuk mengotakannya.
Keempat - Laksanakan. Just Do It (macam kata Nike)
Jika anda ada kenalan, atau diri sendiri, yang mengalami masalah
kegemukan. Fikirkanlah bersama pendapat di atas.
Jika ia melibatkan kenalan anda. Jemputlah mereka menyertai grup ini
agar mereka boleh membaca artikel-artikel yang dipaparkan. Jika
melibatkan diri anda sendiri, tunaikanlah janji tersebut. Lakukanlah
perkara yang boleh menurunkan berat badan anda.
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Artikel Kesihatan
Antioksidan dan Kesihatan Anda
Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.
... [Artikel Penuh]
Hidup Sihat, Jantung Sihat
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
... [Artikel Penuh]
Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?
... [Artikel Penuh]
|
|