|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.

|
|
|
|
Adakah
Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?
Kalau
kita ke
supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan
kesihatan atau pemakanan
tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di
kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala.
Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut
dapat memberi manfaat kepada kita?
Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu
mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus
malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga
membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin
dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya
sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan
berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.
Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan
untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal
keberkesanannya.
Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun.
Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi
seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid
untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40%
dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan
vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem
tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak
tubuh yang meningkat bersama umur.
Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga
menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan
bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel
DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan
antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun
begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya
dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral
tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang
diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk
bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil.
Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai
diambil bersama ubat-ubatan.
Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
- Elakkan
multi-vitamin
dengan
formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin
terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
- Simpan vitamin
jauh dari
tempat panas dan lembab
- Ambil vitamin
bersama makanan kerana beberapa
nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama
makanan rendah lemak adalah terbaik.
- Semak tarikh
"baik sebelum". Anda mungkin
berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya
akan merugikan jika
tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
- Jika anda
merokok, walaupun tak kuat, ambil
lebih vitamin dan
mineral terutamanya vitamin C.
Mencari
maklumat
lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
|
|