|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
|
|
|
Sistem
Imun: Pelindung Kesihatan Kita
Sistem imun
melindungi
kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein
asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih,
anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari
sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem
imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas,
protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan,
limpa, kulit,
apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan
serba sedikit
mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:
Makrofaj (atau fagosit) - Sel darah putih yang berbentuk seperti
Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan
cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti
dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti
sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah
tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari
tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan
meminta bantuan sel T-pembantu.
Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali
sebagai
limfosit. Sel T-pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan
makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam
genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-pembantu memutuskan
ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai
sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak
dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih
banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya
sel
T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan
menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan
terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari
penceroboh (mikro-organisma) tersebut. Sebagai contoh virus SARS.
Sistem imun kita tidak mengenali mikro-organisma yang kita atau ibu
kita belum pernah terdedah kepadanya. [Transfer
Factor
memainkan peranannya dengan membantu sel T-pembantu mengenali musuh
yang
datang menyerang].
Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang
dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus
limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya
penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah
bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah
dibina
tadi.
Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan
apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang
dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan
semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti
sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak
lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan
beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser.
Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita
memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural). [Transfer
Factor
Advance Formula dan Transfer
Factor Plus Advance ] masing-masing telah
disahkan dapat meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 280% dan 430%.
Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang
selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak
balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting
dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas
imun
yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan
kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel
T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita
akan
mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun.
Terdapat
lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus. [Transfer
Factor
mampu membangkitkan sel T-penindas dari tidur dan
mengawal gerak balas imun dari menyerang sel tubuh dan
seterusnya
menghindar kita dari mendapat penyakit autoimun].
Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan
oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya.
Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10,
Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap
terbaik. [Transfer
Factor
RioVida membekalkan antioksidan dan transfer
factor yang
diperlukan oleh tubuh kita.]
Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan
tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak
statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit
jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita
perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.
[Apa yang kita dapat pelajari dari kejadian yang sungguh hebat ini,
selain dari penjagaan kesihatan. Al-Jaami' - Yang Maha Mengumpulkan -
mengajar kita untuk bekerjasama sesama kita. Seperti kata pepatah
Melayu, muafakat membawa berkat. Kajian pakar-pakar sumber manusia
telah mengesahkan bahawa kita lebih efektif apabila bekerja sebagai
satu pasukan.]
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Artikel Kesihatan
Hidup Sihat, Jantung Sihat
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
... [Artikel Penuh]
Risiko Kesihatan Di Abad Ke-21
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan... [Artikel Penuh]
Adakah Anda Masih Ingin Merokok?
Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak... [Artikel Penuh]
|
|