|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
|
|
|
Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan
Kemajuan
dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan
jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang
maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya
menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat
dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama.
Namun begitu, terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit
kronik, seperti kanser, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang
berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun.
Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu
bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa
tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan
kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan.
Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit
dan ketidakupayaan apabila usia makin meningkat?
Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori
radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh
Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan
disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh
molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.
Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?
Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam
proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan
sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil.
Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa
badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok,
radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan
radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan
oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan.
Radikal
bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini
membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali
stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang
stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan
kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya.
Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut.
Semakin usia meningkat semakin
bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi
semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai
masalah kesihatan.
Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui
pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis
penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah
pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan
lain-lain penyakit degeneratif.
Bagaimana menangani radikal bebas?
Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.
Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung
kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah
diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin
E dan beta karotina.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati bahawa
sumber terbaik anti-oksidan boleh diperolehi dari sejenis buah beri
yang dinamakan Açai. Ia mengandungi 33 kali lebih banyak
anti-oksidan jika dibandingkan dengan anggur merah. Beri Açai
telah dinobatkan sebagai salah satu dari "10 makanan hebat untuk
menentang penuaan" di dalam rancangan Oprah Winfrey.
Terdapat beberapa produk pemakanan tambahan yang menggunakan beri
Açai sebagai bahan utamanya. Ia digabungkan dengan beberapa
buah-buahan lain yang mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi
dan ditambah dengan bahan-bahan lain untuk memperbaiki sistem badan
yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.
"CEGAH APA YANG BOLEH DICEGAH DAN LAMBATKAN APA YANG TIDAK BOLEH DIELAKKAN"
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Artikel Kesihatan
Punca Sebenar Kegemukan
Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis. Adakah berita ini menakutkan?... [Artikel Penuh]
Risiko Kesihatan Di Abad Ke-21
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan... [Artikel Penuh]
Antioksidan dan Kesihatan Anda
Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.
... [Artikel Penuh]
|
|