|
|
Produk
Pilihan
|
|
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
Adakah
Anda Masih Ingin Merokok?
Seperti
80% perokok yang
lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok
tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti?
Jawapannya sudah tentu tidak.
Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak
kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda
tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok
boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika
anda berhenti
sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini,
renungi fakta berikut:
- Dalam
masa lapan jam
selepas berhenti merokok, kadar
denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan
anda akan naik.
- Dalam
tempoh 24 jam
selepas berhenti, risiko serangan
jantung menurun.
- Selepas
sebulan,
peredaran darah bertambah baik, tenaga anda
bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.
- Selepas
setahun, risiko
anda mendapat penyakit jantung
menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
- Selepas
5 tahun, risiko
anda mendapat strok mula menurun.
- Selepas
10 tahun,
kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru
adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.
Setiap
kali anda
menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan
kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh
anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi
dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.
Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul,
katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.
Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas
sebab yang ada kena mengena
dengan merokok. 50% dari kematian tersebut
disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru.
Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko
mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun.
Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.
Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda
jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal.
Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang
paling kuat menyebabkan ketagihan.
Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan
anda pun boleh, jika anda mahu.
Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.
Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang
menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.
Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk
mengurangkan tekanan.
Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami
sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan
melepasi halangan.
Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok,
termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan
tempat habuk rokok.
Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui
sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut,
sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.
Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah
dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang
sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya
kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin
sedozen ataupun lebih.
Petua untuk membantu anda:
- Tukar
kebiasaan anda.
- Elakkan
tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari
- Jauhkan
diri dari perokok
- Berikan
kata-kata
semangat kepada diri anda setiap hari
- Buat
janji dan memberi
ganjaran kepada diri anda
- Menyimpan
duit rokok
- Curi
masa –
lambat-lambatkan menyalakan rokok
- Minum
air secukupnya
- Kurangkan
minuman yang
mengandungi kafein
- Bersarapan
pagi
Walaupun
berhenti terus
merupakan cara terbaik, namun jika anda
terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk
BERHENTI.
Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa
anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang
yang anda sayangi. Adakah
mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap
rokok yang dihembus keluar oleh anda.
Renung renungkanlah.
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
|
|