|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
Berapa
Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Ada
orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini
petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum
8 gelas sehari. Yang mana betul?
Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa
betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah
diterima sebagai fakta.
Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak
terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari".
Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak
memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari
bukanlah satu nasihat yang baik.
Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum
8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air
yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.
Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan
mendapati diri mereka begitu bertenaga.
Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan
aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih
banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan
pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air
boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil)
ataupun situasi elektrolit tak seimbang.
Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu
menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.
Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut,
saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap
gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit
yang cukup. Sudah tentu pengeluar
air minuman sukan tidak akan
memberitahu kita mengenainya.
Lain-lain
Artikel
Kesihatan
Antioksidan dan Kesihatan Anda Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.... [Selanjutnya]
Adakah Makanan Kesihatan Memberi Anda Manfaat? Masuk saja ke farmasi anda akan melihat barisan demi barisan vitamin dan makanan kesihatan yang lain. Setiap satu memberikan secara terperinci maklumat RDAs, DVs, IUs, milligrams dll. Persoalannya, adakah anda benar-benar perlu mengambil makanan kesihatan atau pemakanan tambahan?... [Selanjutnya]
Adakah Anda Masih Ingin Merokok? Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak... [Selanjutnya]
Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? Benarkah kolesterol merupakan punca penyakit jantung? Kajian oleh para pakar menunjukkan bahawa kolesterol bukan punca utama penyakit jantung. Badan kita sebenarnya memerlukan kolesterol LDL untuk membina sel dan berbagai hormon. Terdapat bahan lain yang menyebabkan pembuluh darah menjadi bengkak lalu menyempitkannya... [Selanjutnya]
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
|
|