|
|
Produk
Pilihan
|
|
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
Tindak
Balas Sistem
Imun
Di dalam badan kita ada
sistem perlindungan yang sangat menakjubkan, ia dikenali sebagai sistem imun, yang dicipta untuk
melindungi kita dari berjuta-juta bakteria,
mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita.
Mengikut David Liaw, seorang pengamal terapi holistik, sistem imun
adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan menakjubkan. Mengetahui
cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan
kesihatan. Menurut beliau lagi sistem imun adalah sangat penting dalam
usaha untuk menggalakkan kesihatan yang baik.
Kajian mengenai sistem imun telah lama dijalankan, tetapi sejak
berlakunya epidemik AIDS kajian mengenai sistem imun mendapat
perhatian.
"Anda adalah sebaik sistem imun anda. Penyerapan, metabolisma,
homeostasis, dll tidak dapat berfungsi dengan baik jika kesihatan
sistem imun terjejas untuk jangka masa tertentu."
Berikut adalah beberapa petikan dari temubaul antara Gerald Chuah
dengan David Liaw mengenai kepentingan sistem imun dan bagaimana
menggunakan makanan semulajadi dan nutrisi untuk mengembalikan
kesihatan optimum diri seseorang.
Soalan:
Apakah kajian saintifik terkini dan penemuan mengenai sistem imun?
Tekanan, pemakanan yang tidak sihat, dan pencemaran alam sekitar
dikenalpasti sebagai faktor utama yang memberi kesan ke atas sistem
imun. Berbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui impak pemakanan
ke atas sistem imun dan mekanisma di dalam usus kecil.
Bagaimana kita mengasimilasikan makanan kita dan persekitaran mempunyai
kesan yang mendalam ke atas tali perut kita. Kajian menunjukkan bahawa
tali perut kita menempatkan komponen imun yang terpenting ia itu sistem
limfoid, yang memainkan peranan besar dalam penyelarasan sistem imun
yang lain dengan fungsi kawal selia tubuh kita.
Soalan:
Sebelum ini kurang perhatian diberi kepada sistem imun, kenapa
penekanan yang besar diberikan sekarang?
Peningkatan ketoksikan, peningkatan jumlah kanak-kanak yang menunjukkan
gejala penyakit seperti hipertensi, kolesterol tinggi, diabetes, dll
adalah pola pemberitahuan. Di samping itu penularan selsema burung dan
selsema babi meletakkan orang ramai dalam kewaspadaan yang tinggi.
Soalan:
Apa faktor dalaman dan luaran yang memberi impak kepada sistem imun
kita?
Tekanan fizikal dan psikologikal berterusan yang berpunca dari gaya
hidup, emosi, dan sistem kepercayaan; ketoksikan sama ada dari
pencemaran udara, makanan, dan air; dan pemakanan dan ubat-ubatan,
mempunyai kesan langsung ke atas fungsi imun usus kecil.
Soalan:
Apa yang akan berlaku bila sistem imun kita terjejas atau gagal
berfungsi?
Ramai yang tidak sedar bahawa sistem imun kita sentiasa bekerja keras,
setiap saat 24 jam sehari, untuk mengawal dan mengimbangi pelbagai
spesis biotik badan seperti bakteria dan fungus. Ia hidup di dalam
badan kita, bekerja untuk kita, dan jumlahnya lebih banyak dari sel
kita sendiri.
Kebanyakan dari kes kronik yang kita hadapi hari ini berlaku apabila
sistem imun kita terpicu berlebihan, berkurangan, atau tidak berfungsi;
dari selsema, alergi, sindrom kelesuan kronik, pelbagai jenis masalah
penghadaman; ke masalah auto-imun kronik seperti arthritis, diabetes
jenis 2, Lupus, dan lain-lain alergi.
Soalan:
Apakah tanda-tanda awal dan gejala?
Bermula dengan benigna, yang ramai tidak ambil peduli atau tolak ke
tepi. Ia menjejaskan fungsi harian kita seperti masalah buang air
besar, sakit kepala, perubahan berat badan dan selera makan, ketagihan,
susah tidur, mudah marah, masalah kulit, perasaan tidak menentu, dan
kemurungan.
Beri perhatian kepada tubuh anda, jika anda peka anda akan tahu. Ianya
sesuatu yang tidak biasa berlaku, dan kekerapannya bertambah dari hari
kesehari. Jangan biarkan sehingga anda sakit teruk.Di zaman ini, tiada
had umur bagi mengalami kecelaruan imun.
Soalan:
Bagaimana untuk menterbalikkan keadaan kesihatan yang tidak baik kepada
yang baik.
Secara ringkasnya, cari punca masalah. Memandangkan ketoksikan dan
tekanan merupakan punca utama, detoksifikasi adalah penting. Buang
tekanan fizikal dan mental, pulihkan semula sistem imun, demi untuk
mengekalkan kesihatan yang baik.
Dari temubual tadi dapatlah disimpulkan bahawa untuk memulihkan
penyakit dan mengembalikan kesihatan optimum, kita perlu mencari punca
masalah dan menyelesaikannya, antaranya dengan melakukan detoksifikasi
dan memulihkan kesihatan sistem imun.
Dipetik dari temubual Gerald Chuah, wartawan The New Straits Times,
dengan David Liaw, pengamal terapi holistik yang mendapat latihan
terapi nutrisi dan terapihipno di United Kingdom. The New Straits
Times, 4 Feb 2012.
Mencari
maklumat
lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Artikel Kesihatan
Hidup Sihat, Jantung Sihat Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?... [Selanjutnya]
Adakah Anda Masih Ingin Merokok? Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak... [Selanjutnya]
Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama... [Selanjutnya]
|
|