|
|
Produk
Pilihan
|
|

|
Iklaneka
|

|
|
|
|
|
Apa
Itu Transfer
Factor?
Transfer
factor
dipercayai mengandungi protein dan RNA, tetapi tiada DNA. Saiznya yang
kecil - molekul yang beratnya kurang dari 10,000 - membuatkan ia tidak
menyebabkan alergi dan membolehkan ia mengekalkan potensi penuh apabila
diambil secara oral. Kolosterum semua mamalia sebenarnya kaya dengan
transfer factor, dan sangat penting untuk menganugerahkan imuniti pasif
kepada bayi yang baru dilahirkan melalui penyusuan badan.
Transfer factor adalah molekul mikroskopik dan semula jadi
yang berada di dalam tubuh setiap manusia dan binatang. Mereka adalah
utusan, menghantar maklumat imuniti mengenai kehadiran ancaman kepada
imun - sama ada dalaman atau luaran - dan bagaimana hendak
bertindakbalas dengan betul, dari satu sel imun ke satu sel imun yang
lain.
Transfer factor dikeluarkan oleh limfosit dengan fungsi imuniti
perantara-sel. Mereka membawa imuniti
sel-perantara khusus-antigen
(hipersensitiviti jenis tertangguh) limfosit ibu kepada
limfosit
yang belum sensitif atau mentah. Mereka juga boleh meningkatkan
aktiviti ransangan imun antigen tidak khusus limfosit penerima.
Transfer factor memindahkan maklumat imuniti - mengenali patogen dan gerak balas imun
yang
sesuai - melalui unsur (molekul atau sel) pencetus, penindas dan
khusus-antigen.
- Unsur
pencetus membolehkan transfer factor membantu gerak balas
imun terhadap jangkitan viral, parasit, malignan, penyakit
mikobakterial, penyakit bakterial, jangiktan fungus, penyakit autoimun
dan penyakit neurologikal. Molekul ini dapat memindahkan gerak balas
imun dalam tempoh bawah 24 jam dan dengan ketara dapat mengurangkan
atau menghapuskan gejala penyakit.
- Unsur
penindas mengawal
sistem imun dari gerak balas yang berlebihan, seperti gerak balas
terhadap debunga dan jisim asing yang lain, begitu juga dengan sel
tubuh sendiri seperti dalam kes penyakit autoimun.
- Unsur
khusus-antigen
membawa tanda pengenalan yang sistem imun gunakan untuk mengenali
mikrob dan sel asing.
Transfer
factor boleh dijumpai walaupun di dalam sistem imun yang paling
primitif. Oleh yang demikian, unsur pencetus dan penindas transfer
factor adalah universal (umum) dan boleh memindahkan imuniti melangkaui
batas spesies. Justeru, transfer
factor dari lembu dapat
memberikan imuniti dalam tubuh
manusia. Unsur khusus-antigen boleh memindahkan imuniti di antara
spesies apabila berlaku pindah silang antara patogen
khusus-antigen, seperti dalam kes cacar dan cacar lembu, E. coli, dll.
Proses
Mengenali Penceroboh Asing
- Transfer
factor bergerak ke arah reseptor (penyambut) sel T.
- Transfer
factor masuk
ke sel T.
- Transfer
factor ditarik
masuk ke dalam sel T.
- Transfer
factor
bercantum dengan struktur dalam sel T.
- Sitokines
dikeluarkan.
Sumber Rujukan:
Natural
Immune Booster: Transfer Factor,
William J. Hennen, Ph.D.,
Woodland Publishing, 1998.
The Super
Supplement Combination for Optimal
Immune Function: Enhanced Transfer Factor,
William
J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 2000.
A New Basis for the
Immunoregulatory Activities of Transfer Factor - an Arcane Dialet in
the Language of Cells, Lawrence HS, Borkowsky W. Cell
Immunol, 1983.
Structural Nature and Functions of Transfer
Factors, Kirkpatrick CH. Annals
of The New York Academy of Sciences,
1993.
Mencari
maklumat
lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Berita / Info Kesihatan
|
|