|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.

|
|
|
|
Menentukan Berat Badan
Sesuai
Tahukah
anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri
anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai.
Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan
ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan,
tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi
setiap inci di bawah 5 kaki.
Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang
kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan
anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana.
Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika
pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari
berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat
badan yang dikira.
Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5
kaki adalah 106 paun. Untuk
setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun.
Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang
kecil,sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia
berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu
pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan
anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira
tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.
Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan
saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 +
(8 x 6)) x 1.1 = 170 paun (77 kg).
OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk
anda.Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah
mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi
dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak
diperlukan.

Mencari
maklumat lain?
Cari semuanya di sini:
Lain-lain
Berita / Info
Kesihatan
|
|