health information
Laman Depan | Artikel Kesihatan | Rawatan Alternatif  | Peta Laman  | Blog Kesihatan 


 

Risalah Kesihatan

 

 

Info Penting Mengenai Kanser - Bhg. 2

Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser. Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap kanser  tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka. Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi.

Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai
kemoterapi dan radiasi:

  1. Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.

  2. Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.

  3. Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina
    sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.
Kita teruskan dengan langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:

Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser.  Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan
seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji.

Beberapa makanan tambahan (Transfer Factor, IP6, Plant Polysaccharide, Echinacea, cendawan Shiitake, Cordyceps dll. ) telah dibuktikan (melalui ujian makmal) dapat memulihkan kesihatan sel NK. Untuk lebih berkesan ia perlu diambil bersama antioksidan dan coenzyme Q10.

Ingin bersama kami memerangi kanser? Jika ya, mula makan sihat dan
hidup sihat sekarang!!!

Klik pada pautan untuk "Maklumat Penting Mengenai Kanser, Bhg.1".

Mencari maklumat lain? Cari apa-apa saja di sini:

Google


Lain-lain Artikel Kesihatan


Punca Sebenar Kegemukan
Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis. Adakah berita ini menakutkan?... [Selanjutnya]

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Benarkah kolesterol merupakan punca penyakit jantung? Kajian oleh para pakar menunjukkan bahawa kolesterol bukan punca utama penyakit jantung. Badan kita sebenarnya memerlukan kolesterol LDL untuk membina sel dan berbagai hormon. Terdapat bahan lain yang menyebabkan pembuluh darah menjadi bengkak lalu menyempitkannya... [Selanjutnya]

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?
Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak...  [Selanjutnya]

 © Hakcipta Terpelihara 2007  -  Kesihatan.Biz | Penafian Tanggungjawab