|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
Berri Acai: Antioksidan Terhebat
Daripada pokok-pokok
palma yang tumbuh di muara Amazon di utara Brazil didatangkan berri
acai yang mengandungi antioksidan antosianin (pejuang radikal bebas)
yang sangat tinggi. Radikal bebas adalah molekul tanpa pasangan
elektron, ia sentiasa mencari pasangannya di molekul dalam
badan kita, menyebabkan kerosakan DNA dan kemudian menyebabkan tindak
balas yang memudaratkan, yang boleh menyebabkan penyakit kanser dan
jantung, menyebabkan kita sakit, menjadikan kita lebih tua dari umur,
dan menyebabkan kematian. Acai (disebut ah-sa-ee) digunakan untuk
penjagaan kesihatan secara tradisional sejak berzaman di Brazil.
Antioksidan acai bertindak seperti peluru berpandu mencari dan
memusnahkan stres oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Sejak Dr. Perricone memperkenalkan berri acai sebagai makanan
antioksidan nombor satu dunia di dalam rancangan TV Oprah di
mana Oprah sendiri menyebut bahawa berri acai adalah
sebahagian dari dietnya, populariti berri acai telah meledak. Berri
acai
disyorkan oleh ramai pakar pemakanan kerana fungsi antioksidannya
melebihi lain-lain makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti berri
biru dan anggur merah. Diet yang kaya dengan berri acai akan
menjaga kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan dan
kecergasan.
Berri acai mempunyai apa
yang tubuh perlukan:
Antosianin (10-30 kali
lebih daripada anggur merah)
Asid lemak (Omega 6S,
Omega 9S
Asid amino
Mineral sekumin
Phytosterols (diketahui mengekalkan tahap
kolesterol plasma darah
yang sihat)
|
 |
Berri acai juga
dikatakan
mempunyai banyak faedah lain seperti meningkatkan penghadaman,
pembersihan dan detoksifikasi badan, meningkatkan imuniti tubuh,
menyokong
kesihatan kardiovaskular, meningkatkan kejelasan mental, meningkatkan
penglihatan, mengurangkan insomnia, dan melambatkan proses penuaan.
Makanan tambahan/suplement berri acai terdapat di pasaran dalam bentuk
kapsul, tepung, puri atau jus (seperti RioVida
dan Monavie). Ia
berharga antara RM140 hingga RM280 sebulan bergantung kepada dos.
Kelebihan:
Penyelidikan saintifik menyokong dakwaan kesan
baik beri acai ke atas
kesihatan individu
Kandungan antioksidan yang tinggi boleh
mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang sering dikaitkan dengan
penuaan seperti penyakit kardiovaskular dan kanser
Antioksidan adalah baik bagi mereka yang aktif
kerana ia meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan semasa bersenam
Keburukan:
Terdapat banyak laporan penipuan berkaitan dengan
penjualan produk berri acai yang berkualiti rendah
Harga agak mahal bagi kebanyakan orang
Berri acai mempunyai beberapa faedah nutrisi yang penting. Bagaimanapun
dengan mengambil pelbagai buah-buahan segar dan
sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang tinggi kandungan
antioksidan, ada kemungkinan untuk mendapat faedah yang
serupa. Makanan
tambahan yang mengandungi berri acai seperti RioVida
boleh menyokong
kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Sekiranya anda memilih untuk
mencuba berri acai, adalah disyorkan untuk mencari sumber yang
berkualiti tinggi dan mempunyai reputasi baik.
Lain-lain
Artikel Kesihatan
Antioksidan dan Kesihatan Anda Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.... [Selanjutnya]
Punca Sebenar Kegemukan Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis. Adakah berita ini menakutkan?... [Selanjutnya]
Adakah Makanan Kesihatan Memberi Anda Manfaat? Masuk saja ke farmasi anda akan melihat barisan demi barisan vitamin dan makanan kesihatan yang lain. Setiap satu memberikan secara terperinci maklumat RDAs, DVs, IUs, milligrams dll. Persoalannya, adakah anda benar-benar perlu mengambil makanan kesihatan atau pemakanan tambahan?... [Selanjutnya]

Mencari
maklumat lain?
Cari semuanya di sini:
|
|