|
|
Produk
Pilihan
|
Transfer Factor AF

Produk terulung untuk memperkasa sistem imun.
Klik DI SINI
untuk maklumat lanjut.
Sila klik DI SINI
untuk testimoni Transfer Factor.
|
|
|
|
Manfaat
Minyak Ikan Untuk Kesihatan
Inuits,
satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji
tetapi tidak mempunyai satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung.
Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana
jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka adalah lemak dan
daging singa laut dam ikan air sejuk.
Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari
EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya
boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi
seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak.
Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca
seterusnya:
Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah
ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita
terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh
diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan
beberapa minyak lain.
Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit
jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan
kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6
yang tidak seimbang.
EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis,
serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan
tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis
reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.
Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan
minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin
akan membawa
kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid
lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar
permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur
dan keadaan kesihatan anda.
Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan
minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai
makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).
Mencari
maklumat lain?
Cari
apa-apa saja di sini:
Lain-lain
Berita / Info Kesihatan
|
|