|
|
Produk
Pilihan
|
|
|
Iklaneka
|
 |
|
|
|
|
Stres dan Akibatnya
Keadaan
atau masa yang
menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan
memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.
Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh
kita? Ia boleh merosakkan beberapa
sistem. Ia malah mampu melemahkan
tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.
Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk
kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang
terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh,
justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi.
Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang
diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya
boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan
berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu
berkenaan.
Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas
kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh
dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika
ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit
berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika
dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan
lagi keadaan.
Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor
satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung
mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak
dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan
fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat
sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani
stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk
mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.
Cara
Mudah untuk Mengatasi Stres
Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk
stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat
kesan buruk stres dapat dikurangkan.
1. Pemakanan yang Betul
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan
seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar
anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada
masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh
mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil
makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein,
vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan
kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil
tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi
sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang
boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia
akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik.
Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru
jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak.
Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat.
Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian
dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa,
sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling
kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa
lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan
sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya
akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali
bertugas.
Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu.
Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya.
Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang
akan membantu mengurus stres dengan baik.
Untuk menghadapi kehidupan
seharian dari
perspektif baru, sila layari:
http://www.mymotivasi.com
Lain-lain
Artikel Kesihatan
Adakah Makanan Kesihatan Memberi Anda Manfaat? Masuk saja ke farmasi anda akan melihat barisan demi barisan vitamin dan makanan kesihatan yang lain. Setiap satu memberikan secara terperinci maklumat RDAs, DVs, IUs, milligrams dll. Persoalannya, adakah anda benar-benar perlu mengambil makanan kesihatan atau pemakanan tambahan?... [Selanjutnya]
Punca Sebenar Kegemukan Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis. Adakah berita ini menakutkan?... [Selanjutnya]

Mencari
maklumat lain?
Cari semuanya di sini:
|
|