Genetik Punca Penyakit Kanser?

Selama ini genetik dipercayai sebagai faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat penyakit kanser. Namun begitu fakta menunjukkan bahawa antara 80 hingga 90 peratus penghidap kanser tidak mempunyai ibu, bapa atau saudara mara yang mengidap penyakit kanser.

Beberapa kajian menunjukkan faktor persekitaran seperti asap rokok, diet, dadah, arak, radiasi dan bahan kimia mungkin merupakan faktor utama atau punca penyakit kanser. Seseorang yang menghidap kanser biasanya berada di dalam persekitaran yang sama seperti ibu bapa atau saudara mara mereka. Justeru risiko mereka mendapat kanser juga boleh dianggap hampir sama dengan ibu bapa atau saudara mara mereka. Seorang bapa yang merokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. Anak-anak beliau juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. Bukan disebabkan faktor genetik, tetapi asap dari rokok yang dihisap oleh bapa mereka. Bagaimana pula dengan amalan diet atau pemakanan yang juga merupakan faktor penyebab kanser? Anak-anak biasanya memakan makanan yang sama dengan ibu bapa mereka, justeru tidak mustahil anak-anak mendapat kanser jika ibu atau bapa mereka menghidap kanser.

Adakah punca penyakit kanser yang dinyatakan di atas ada kebenarannya? Dr. Peter Kovacic menyatakan daripada banyak teori yang telah dikemukakan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya (Current Medical Chemistry, 2001). Stres oksidatif adalah kerosakan di dalam tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Jika sel yang rosak tersebut terus terdedah kepada radikal bebas ianya akan membawa kepada mutasi (perubahan) DNA, yang akhirnya akan menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang daripada mutasi awal DNA. Di dalam tubuh seorang kanak-kanak, ia berkembang lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.

Pencegahan yang kita perlu ambil adalah untuk mengawal kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas. Radikal bebas dapat dihapuskan dengan mengambil makanan yang kaya dengan anti-oksidan anti oksidan.

Artikel Berkaitan: http://www.kesihatan.biz/artikel/punca_kanser.php


Artikel Kesihatan Lain

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?...  [Baca selanjutnya]

Hidup Sihat, Jantung Sihat
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?...  [Baca selanjutnya]

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?
Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak...  [Baca selanjutnya]

Punca Sebenar Kegemukan
Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis. Adakah berita ini menakutkan?... [Baca selanjutnya]

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Benarkah kolesterol merupakan punca penyakit jantung? Kajian oleh para pakar menunjukkan bahawa kolesterol bukan punca utama penyakit jantung. Badan kita sebenarnya memerlukan kolesterol LDL untuk membina sel dan berbagai hormon. Terdapat bahan lain yang menyebabkan pembuluh darah menjadi bengkak lalu menyempitkannya... [Baca selanjutnya]